Asal Usul Hajar Aswad
Ketika NabiIbrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya.Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.sbersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya denganmengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuahkisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahimmasih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahimberkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yangakan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian NabiIsmail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baikdan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit,tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. NabiIsmail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahima.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnyabeberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapatbatu ini?"
Nabi Ismailberkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dancucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahimmencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang HajarAswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yangbertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum musliminberebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah denganmemberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayatmenyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibatdicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitamseperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusiamencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman NabiIbrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itumerupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana,Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktumencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitankuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlahkata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (HajarAswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan akutidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan(mencium Hajar Aswad)."
Manual Tags:Muslim,islam,world,ritual,edtion,prayer,islamofia
Manual Tags:Muslim,islam,world,ritual,edtion,prayer,islamofia