Info Kiamat


Hudzaifah binAs-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datangNabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semuasedang bincangkan.?"

Lalu kamimenjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda RasulullahS.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihatsepuluh tanda :-


·     Asap
·     Dajjal
·     Binatang melata di bumi
·     Terbitnya matahari sebelah barat
·     Turunnya Nabi Isa A.S
·     Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
·     Gerhana di timur
·     Gerhana di barat
·     Gerhana di jazirah Arab
·     Keluarnya api dari kota Yaman menghalaumanusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnyaialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampaihari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa.Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara keduamatanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akanmemenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yangberiman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementaraorang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung,telinga dan dubur mereka.

Binatang melatayang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunungShafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard iniakan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatangini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah didahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul kedahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya NabiIsa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. KemudianNabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjujpula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dansatu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakangbendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya merekaini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiahdiminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.Wtelah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidaklaris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengantumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknyaanak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuaralantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali binAbi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggalnamanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaansahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikirmenyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah paraulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada merekajuga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda RasulullahS.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yangdijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakatdijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taatkepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkanayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orangyang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanyadan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tandakiamata."

Popular posts from this blog

Contoh Terjemah Akte Kelahiran dalam bahasa arab

Contoh Surat Keterangan Aktif belajar dalam Bahasa Arab

Syair/Zikir Aceh; HADIS JANJONGAN