TAUHID AR-RUBUBIYYAH D & TAUHID AL-ULUHIYYAH

      
Makna kalimahtauhid

Kalimah tauhidmembawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawasesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu WaTa’ala (SWT)  semata-mata. Selaindaripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatankalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah danmembuktikan dengan perbuatan.

Tauhidar-Rububiyyah
(                       )dan Tauhid al-Uluhiyyah (                     )

Tauhidar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuansekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahajasebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

Pengertian lanjutTauhid ar-Rububiyyah

Antara pengertiankalimah Rabb (       ) ialah:
1.    As-Sayyid (Tuan)
2.    Al-Malik (Yang Memiliki)
3.    Pencipta
4.    Penguasa
5.    Pendidik
6.    Pengasuh
7.    Penjaga
8.    Penguatkuasa.

Allah juabersifat mutlak

Manusia, jika diabersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segalasesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalahbersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb al-’Alamin (Rabbsekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nyayang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya,memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.
 
Manusia, jika diacerdik, bijak dan pandai, maka semuanya itu datang daripada Allah. Segalakekayaan dan penguasaan manusia bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datangdaripada Allah.

Manusia dijadikanhanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa,tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada Allah.

Allah, DialahMaha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikanmanfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepadaseseorang, tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahumemberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah,tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya.

Oleh itu hanyaAllah sahaja ‘mutafarriq’, bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk memberikanmanfaat atau mudarat.

Firman Allah SWT:

"Jika Allahmenimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannyamelainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka DialahYang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
(Al-An’am: 17)

Dengansifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Diahanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu keranakeyakinannya kepada Allah.

Manusia bersifatfakir

Manusia di duniaini bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa memerlukanpertolongan Allah. Firman Allah SWT di dalam Al-Hadith Al-Qudsi:

"Haimanusia, kamu semua  berada di dalamkesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Olehitu mintalah hidayah daripada-Ku."

"Haimanusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, oleh itumintalah rezeki daripada-Ku."

"Haimanusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itumohonlah pakaian daripada-Ku."

Sifat fakir dansifat kaya

Berhajatkansesuatu adalah sifat semua makhluk. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan danmakhluk lain berhajatkan kepada Allah. Oleh itu semua makhluk bersifat fakir.

Allah Maha Kaya.Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka diaakan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Firman Allah SWT:
 
"Haimanusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang MahaKaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji." (Fathir: 15)

Fakir adalahsifat yang zati bagi setiap makhluk ciptaan Allah.  Kaya adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq(Pencipta).

Dalil-DalilTauhid ar-Rububiyyah

Banyak dalil menunjukkanbahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segiRububiyyah. Antaranya:

1.  Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudahpasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakan bahawasetiap sesuatu pasti ada pembuatnya.

2.    Semua benda di alam ini, daripadasekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, menyaksikan bahawa Allah ituadalah Rabb al-’Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini.

3.    Susunan alam yang mengkagumkan, indah dantersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata,dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakalwaras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa,iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatuitu boleh berlaku dengan sendiri.

Begitulahhebatnya Ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlahbetapa rapi dan seni ciptaan-Nya.

Terdapat seribusatu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu samalain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .

Fitrah mengakuiRububiyyah Allah

Berikrar danmengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima. Hakikatini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, namunjauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah SWT:
 
"Dan jikakamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab:Allah." (Az-Zukhruf: 87)
 
"Dan jikakamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa danYang Maha Mengetahui."(Az-Zukhruf: 9)

Tidaklahsusah  untuk membuktikan Rububiyyah AllahSWT. Fitrah setiap insan adalah buktinya. Manusia yang mensyirik danmengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.

Al-Quran mengakuiadanya Tauhid ar-Rububiyyah di dalam jiwa manusia

Al-Quran  mengingatkan bahawa fitrah atau jiwa manusiamemang telah memiliki rasa mahu mengakui Allah Rabb al-’Alamin. Firman AllahSWT:
 
"Berkatarasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap  Allah, Pencipta langit dan bumi."(Ibrahim: 10)
 
"Dan merekamengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati merekameyakini (kebenaran)nya."(An-Naml: 14)

Keengganan dankeingkaran sebahagian manusia untuk mengakui kewujudan Allah sebagai al-Khaliq(Yang Maha Pencipta), sebenarnya didorong oleh perasaan sombong, degil (‘inad)dan keras hati. Hakikatnya, fitrah manusia tidak boleh kosong daripada memilikiperasaan mendalam yang mengakui kewujudan al-Khaliq.

Jika fitrahmanusia bersih daripada sombong, degil, keras hati dan selaput-selaput yangmenutupinya, maka secara spontan manusia akan terus menuju kepada Allah tanpabersusah payah untuk melakukan sebarang pilihan. Secara langsung lidahnya akanmenyebut Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya.

Telatah manusia,apabila berada di saat-saat genting, tidak akan terfikir dan terlintas sesuatudi hatinya kecuali Allah sahaja. Ketika itu segenap perasaan dan fikirannyadipusatkan kepada Allah semata-mata. Benarlah Firman Allah SWT:
 
"Dan apabilamereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengankeikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagiandaripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkariayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar." (Luqman: 32)

Sesungguhnyapermasalahan mengenai kewujudan Allah adalah mudah, jelas, terang dan nyata.Kewujudan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan pelbagai.

Tauhidal-Uluhiyyah

Maksud Tauhidal-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan.Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia  menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firmanAllah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:
 
"Dan Kamitidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukankepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklahmenyembah Aku." (Al-Anbiya’: 25)
 
 "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan padasetiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilahTaghut."  (An-Nahl: 36)

"Dansesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata(menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekalitiada tuhan melainkan Dia." (Al-Mu’minun: 23)

"Dan (Kamitelah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumkusembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya." (Al‘Araf: 65)

Cetusan rasacinta kepada Allah

Menyembah atauberibadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang sucikepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya.Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkanseluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakkal kepada Allah, berpegang teguhkepada ajaran-ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap)serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada Allah, berjinak-jinak denganAllah dengan cara sentiasa mengingati-Nya, melaksanakan segala syariat Allahdan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurutcara-cara yang diredhai Allah.

‘Ubudiyyah yangsemakin bertambah

Pengertian‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah sebati dan hebat kesannyadalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannyatentang hakikat bahawa manusia itu terlalu fakir di hadapan Allah. Manusiasentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah. Manusia tidak boleh terlupusdaripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata.

Begitu jugadengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah dan rasa rendah diri(khudu’) manusia kepada Allah yang akan bertambah teguh apabila semakin mantapma’rifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah, Asma’  Allah al-Husna (sifat-sifat Allah yangterpuji), kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah.

Semakin terisitelaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiyyah terhadap Allah semakinbebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyyah kepada selain daripada Allah.Seterusnya dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlasmengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapaioleh seseorang insan.

Allah telahmenggambarkan di dalam al-Qur’an keadaan para rasul-Nya yang mulia dengan sifat-sifat‘ubudiyyah di peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan rasa ‘ubudiyyahRasulullah SAW pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berda’wahdan semasa baginda mengalami peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah SWT:
 
"Lalu diamenyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan."(An-Najm: 10)
 
"Dan ketikaberdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk menyembah-Nya (beribadat), hampir sajajin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya." (Al-Jin: 19)

"Maha SuciAllah yang memperjalankan hambanya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidal-Haram  ke Masjid al-Aqsa." (Al-Isra’: 1)
 
Tauhidal-Rububiyyah menghubungkan Tauhid al-Uluhiyyah

Seperti yangtelah dinyatakan di atas, Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allahsebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak adasekutu bagi-Nya di dalam  Rububiyyah.

Sesungguhnyakesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyahdengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakuiTauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontanpula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja layak disembah, selaindaripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun.

Al-Quran terlebihdahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy  agar mengakui Tauhid al-Rububiyyah. Apabilamereka menerima Tauhid al-Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, makaterbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyyah.Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. Firman AllahSWT:
 
"Apakahmereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapatmenciptakan sesuatu apapun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia."(Al-A’raf: 191)
 
"Apakah(Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak dapatmenciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?"(An-Nahl: 17)
 
"Haimanusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu.Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapatmenciptakan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Danjika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnyakembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pulayang disembah." (Al-Hajj: 73)

Ayat-ayattersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang nyataiaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untukmencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampassesuatu daru mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali.Ini menunjukkan betapa lemah yang meminta dan lemah pula yang dipinta. Oleh ituakal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah.Dalam peribadatan mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah.Allah adalah al-Khaliq Yang Esa. Selain daripada-Nya adalah lemah dan dhaifbelaka.

Tuhan-tuhan palsuyang tidak memiliki apa-apa

Al-Quranmenghujah dan mengingatkan orang-orang musyrikin bahawa apa yang mereka sembahselain daripada Allah tidak memiliki sebutir atom pun sama ada di bumi mahupundi langit. Malah sembahan mereka sama sekali tidak menyamai Allah walaupunsebesar zarah sama ada di bumi mahupun di langit. Allah tidak mempunyai apa-apakeperluan dengan tuhan-tuhan palsu yang mereka sembah. Jika mereka menyedarihakikat ini, mereka akan merasai kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas kepadaAllah semata-mata. Firman Allah SWT:

"Katakanlah:Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidakmemiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidakmemiliki satu saham pun dalam penciptaan langit dan bumi, dan sekali-kali tidakada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya." (Saba’: 22)

Al-Quran mengakuibahawa orang-orang musyrikin mengiktiraf sebahagian daripada Rububiyyah Allahseperti Allah itu Pemilik langit serta bumi dan Allah itu Penguruskejadian-kejadian  di langit serta dibumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, sepatutnya mereka beriman danmenyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT:

"Katakanlah(kepada mereka): Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya jikakamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepadamereka): Apakah kamu tidak ingat?

"Katakanlah(kepada mereka): Siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya‘arasy yang besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepadamereka): Apakah kamu tidak bertaqwa?

"Katakanlah(kepada mereka): Siapakah yang di tangan-Nya berada segala kekuasaan sesuatusedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi daripada(azab)-Nya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah.Katakanlah (kepada mereka): (Oleh yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu?

"SebenarnyaKami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka sebenarnyaorang-orang yang berdusta."
(Al-Mu’minun:84-90)

Sains dan aqidahtauhid
 
Penemuan-penemuandalam bidang sains dan teknologi mengenai alam buana, atom, manusia,tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bidang industri telah berjaya menyingkap keindahandan ketelitian ciptaan Allah. Penemuan-penemuan dan rekaan-rekaan baru itumenguatkan lagi ajaran aqidah tauhid dan meneguhkan lagi keimanan orang-orangmu’min. Hasil-hasil kajian itu menunjukkan kebesaran dan keluasan kudrat sertailmu Allah. Sesungguhnya di sebalik kehalusan ciptaan dan keindahan sistemsejagat ini pasti ada Penciptanya Yang Maha Basar dan Maha Berkuasa.

Kedudukan tauhiddalam Islam

Keseluruhanajaran Islam berasaskan tauhid. Keseluruhan kandungan al-Quran berlegar di atastauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi pengkhabaran tentang Allah, sifatAllah, kejadian Allah, perbuatan Allah dan pentadbiran Allah.

Al-Qur’anmembincangkan tentang al-amr (perintah) dan anbiya’ Allah (nabi-nabi Allah)kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadapmakhluk-Nya. Al-Qur’an menerangkan segala bentuk balasan baik (pahala) untukmereka yang mentaati Allah, Rasul dan syariat-Nya. Semua ini untukmengajak  mereka menegakkan Tauhidal-Uluhiyyah dan Tauhid                al-Rububiyyah.

Al-Qur’anmenerangkan segala bentuk balasan siksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhisyariat-Nya, menceritakan tentang keadaan orang-orang zaman dahulu yang telahmenderhakai Allah. Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembalikepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah.

Oleh itu tauhidadalah intipati atau asas Islam. Daripada tauhid terpancar segala sistem,perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuanuntuk menambah, memahir, menguat dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hatiorang-orang mu’min.

Dengan tauhidseluruh dorongan manusia akan terbentuk

Dengan tauhidyang kuat, maka akan terbentukkan pelbagai dorongan yang ada dalam jiwamanusia. Dia akan takut hanya kepada Allah SWT dan berani mempertahankankeyakinannya seperti yang dipersaksikan dalam sirah Rasulullah dan parasahabat:

1.    Rasulullah SAW pernah memerintahkan Ali RAagar tidur di atas katilnya sebelum baginda keluar berhijrah ke Madinah,sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip. Namun Sayyidina Ali sanggupberbuat mengikut perintah Rasulullah SAW kerana beliau yakin atas Kehendak danKekuasaan Allah.

2.    Khalid Ibn al-Walid RA pernah mengalamibanyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalan Allah. Namun diatetap yakin dengan Kekuasaan Allah. Dia tetap meneruskan pertempuran melawanmusuh.

3.    Bilal bin Rabah RA sanggup diheret dipadang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan diseksa dengan batu besardiletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap mempertahankan keimanannya.

Kini, ramaimanusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka masih yakin kepada yang laindaripada Allah. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya.

Oleh itu menjadikewajipan bagi pendakwah-pendakwah Islam untuk mengembalikan manusia kepadakeyakinan yang betul.

Syahadah bahawaNabi Muhammad itu Rasulullah

Syahadahmerupakan teras Islam yang kedua. Syahadah ini menuntut manusia mengetahui,membenar dan menyakini dengan muktamad (dengan i’tiqad yang jazim sertapegangan yang putus) bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah sertamembuktikannya dengan perkataan dan perbuatan sekaligus.

Pembuktian denganperkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan lidah. Pembuktian denganperbuatan ialah menegakkan tingkah laku (tatasusila) dan seluruhtindak-tanduk  yang bersesuaian denganajaran Nabi Muhammad SAW serta menuruti jejak langkah baginda.

Para rasulmenegakkan tauhid
 
Pada dasarnyapengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah dalam Tauhidal-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah. Dialah Tuhan Rabb al-’Alamin dan Tuhanpara Rasul tersebut. Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah.

Tauhidal-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah menjelaskan kekuasaan Allah yang MahaSuci dalam pentadbiran urusan makhluk-Nya. Allah Pengurnia kemaslahatan dankebaikan. Allah Penentu al-amr (perintah). Allah-lah Pengutus ar-Rasul untukmakhluk-Nya.

Manusiamemerlukan rasul untuk mencapai kesempurnaan hidup

Tidak syak lagiuntuk mencapai kesempurnaan hidup, manusia bukan sahaja berkehendakkan kepadamakanan, pakaian, tempat berlindung dan keperluan-keperluan jasmani yang lain,bahkan manusia juga berkehendakkan sesuatu untuk memenuhi tuntutan roh. Denganmemenuhi tuntutan roh, manusia akan dapat mencapai taraf kesempurnaan sebagaimanusia yang mulia dan berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain.

Tugas para rasuladalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah
adalah enciptanyayang layak disembah dan Dialah yang meletakkan manusia di atas jalan lurus(sirat al-mustaqim). Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalankebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.

Manusia sendiritidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan siratal-mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah. Manusia kerapmelakukan kesilapan. Untuk memikirkan mengenai Pencipta dan sirat al-mustaqimadalah di luar kemampuan akal manusia. Oleh itu pengutusan para rasul Allahmenunjukkan kebijaksanaan-Nya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umatmanusia. Para rasul Allah dilantik daripada golongan manusia sendiri supayamereka dapat menggunakan kebiasaan dan bahasa yang dapat difahami oleh manusia.Seterusnya menyampaikan ajaran Allah, menjelaskan cara-cara untuk sampai kepadarisalah-Nya dan menghuraikan cara mana untuk mencapai kebahagiaan di dunia danakhirat.

Sungguh tidakpatut sikap manusia sekiranya dia mengingkari Rasul Allah SWT. Firman AllahSWT:
 
"Dan merekatidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana merekaberkata: Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia." (Al-An’am: 91)

Mengingkarikenabian Nabi Muhammad adalah kesalahan yang besar

Mengingkarikenabian Nabi Muhammad SAW setelah nyata dalil-dalil mengenai kebenaran dankenabiannya bererti merendah dan melemahkan akal manusia. Sikap seperti inimerupakan keingkaran yang sangat buruk, kedegilan yang sangat tebal dan dosayang sangat besar. Allah akan membalas sikap sebegini dengan balasan pedih.

Mengithbatkan(Mensabitkan) kenabian Muhammad SAW

Seseorang tidakboleh mendakwa bahawa dia nampak bintang-bintang di langit sekiranya diamengingkari kewujudan matahari, sedangkan dia nampak matahari. Kalau diamendakwa dan percaya juga, itu bertentangan dengan keimanannya terhadap apayang dilihatnya. Begitu juga seseorang tidak boleh beriman kepada nabi-nabilain sekiranya dia tidak mempercayai Nabi Muhammad SAW dan mengingkarikenabiannya.

Mengithbatkan(mensabitkan) kenabian Muhammad SAW bererti        mensabitkan juga kenabianseluruh para anbiya’ AS sepertimana yang tersebut di dalam al-Quran.

Oleh itumengingkari perutusan sebarang rasul bererti membohongi sebahagian daripada apayang terkandung di dalam al-Quran dan mengingkari risalah Islam.

Kesan danimplikasi keimanan kepada Nabi Muhammad SAW

MengimaniMuhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulullah bererti mengimani secara mutlak dansempurna bahawa segala perkara yang dibawa dan dikhabarkan oleh baginda datangdaripada Allah SWT. Implikasinya agar manusia wajib membenar dan mentaatisegala suruhan dan larangan Nabi Muhammad SAW dengan penuh redha dan ikhlas,tanpa was-was, tanpa rasa keberatan, tanpa rasa sempit dan tanpa rasa terpaksa.

Manusia perlutaat sepenuhnya kepada ajaran Nabi Muhammad SAW tanpa menimbulkan suasanaberhujah, berdebat dan berbincang, seolah-olah ajaran itu datang daripadaseorang manusia biasa. Beriman dengan Nabi Muhammad SAW tidak boleh sama sekalidengan cara mempercayai atau mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagiandaripada ajarannya. Sikap sebegini adalah berlawanan dengan natijah yangsepatutnya lahir daripada keimanan terhadap Nabi Muhammad SAW.  Al-Quran kerap menyatakan nas-nas yang qat’itentang implikasi keimanan kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:
 
Dan taatilahAllah dan Rasul, supaya kamu diberikan rahmat."
                                                                                                (Ali ‘Imran: 132)
 
"Katakanlah:Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihidan mengampuni dosa-dosa kamu." (Ali ‘Imran: 31)
 
 "Katakanlah: Taatilah Allah danRasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukaiorang-orang yang kafir. (Ali ‘Imran: 32)
 
"Sesiapa yangmentaati Rasul maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah." (An-Nisa’: 80)
 
"Sesungguhnyajawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nyaagar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, lalu mereka berkata: Kamidengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."(An-Nur: 51)

"Dan sesiapayang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalamsyurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan sesiapa yang berpaling nescayaDia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih." (Al-Fath: 17)
 
"Apa yangdiberikan Rasul kepadamu terimalah, dan apa yang dilarang bagimu makatinggallah." (Al-Hasyr: 7)
 
"Dan tidakpatut bagi lelaki-lelaki mukmin dan bagi perempuan-perempuan Mu’minah, apabilaAllah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, ada pilihan lain bagi merekatentang urusan mereka." (Al-Ahzab: 36)
 
 "Dan jika kamu berselisih pendapattentang sesuatu  maka kembalilah kepadaAllah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan HariAkhirat." (An-Nisa’: 59)

"Maka demiTuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga menjadikan kamu sebagaihakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasasesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerimasepenuhnya." (An-Nisa’: 65)
 
"Makahendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpakan cubaanatau ditimpakan azab yang pedih." (An-Nur: 63)
 
Nas-nas sepertiyang tersebut di atas sememangnya  banyakdi dalam al-Quran yang mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawabmereka selepas beriman kepada Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul. Antaranya:

1.  Nas-nas itu menyuruh manusia mentaati NabiMuhammad SAW, kerana taatkan baginda bererti taatkan Allah SWT. Balasan orangyang mentaatinya ialah Syurga an-Na’im dan balasan orang yang mengingkarinyaialah Neraka.

2.  Nas-nas itu menerangkan kepada orang-orangmukmin bahawa beriman kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengikuti apa yangdisuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.

3.  Nas-nas itu menyuruh orang Islam yangbertelingkah pendapat agar kembali kepada Allah dan Rasul-Nya serta redhamenuruti hukum Rasulullah SAW.

Natijah logik

Semua yangdinyatakan dalam nas-nas al-Quran di atas adalah natijah logik bagi seseorangyang beriman dengan Nabi Muhammad SAW. serta menerima dengan rela akankerasulannya. Suatu hal yang bertentangan dan tidak diterima akal jikaseseorang itu beriman kepada Nabi Muhammad SAW tetapi menentang atau tidakmenerima dengan rela hati perkara yang dibawanya dengan alasan, misalnya, tidaksesuai dengan sesuatu kepercayaan.

Umpama seorangyang telah menaruh kepercayaan kepada seorang doktor mahir, sudah tentu diamenerima nasihat doktor itu dan mengikuti cara pengubatannya. Dia akan mematuhicara-cara memakan ubat dan segala pantang larangnya. Dia tidak boleh menentangatau membahaskan kata-kata doktor pakar itu. Jika kepatuhan dan kerelaanseseorang pesakit terhadap doktor adalah suatu yang dianggap lumrah danmunasabah, padahal doktor itu mungkin tersalah, maka bagaimana pula sikapseseorang terhadap Rasulullah yang diutuskan oleh Allah SWT, sedangkanRasulullah adalah penghulu bagi segala doktor?

Kewajipanterhadap Rasulullah SAW

Kewajipan seorangmuslim terhadap Rasulullah SAW ialah membenarkan semua yang dibawanya, mematuhisegala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Seseorang muslim ituhendaklah menerima ajaran baginda dengan sempurna, ikhlas dan rela seperti yangtelah dinyatakan.

Kewajipan-kewajipanlain ialah:

1.  Mengasihi atau mencintai Rasulullah SAW lebihdaripada mengasihi atau mencintai diri, anak, isteri, harta dan isi alam.

Sabda RasulullahSAW:

"Tidaksempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia sanggup menjadikan aku lebihdikasihi daripada dirinya, anaknya, hartanya dan manusia seluruhnya."

Tanda manusiayang benar-benar mengasihi Rasulullah SAW ialah mengikuti baginda dengan penuhikhlas. Dia segera mengerjakan apa yang disukai atau dikasihi baginda. Itulahtanda-tanda manusia yang benar-benar kasihkan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

"Merekabersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mencari keredhaanmu, padahalAllah dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jikamereka itu adalah orang-orang yang beriman."
(At-Taubah: 62)

2.  Menghormati dan memuliakan Rasulullah SAWsama ada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Firman Allah SWT:
 
"Janganlahkamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamukepada sebahagian yang lain." (An-Nur: 63)

Rasulullah SAWbukanlah seperti manusia biasa. Baginda adalah Nabi dan Rasul. Rasulullahdiutuskan untuk seluruh manusia. Maka wajarlah manusia membesar dan memuliakanbaginda sehingga apabila memanggil baginda hendaklah memanggil: "YaRasulullah", "Ya Nabiyullah", "Ya Habibullah" dansebagainya.

Antara caramenghormati dan memuliakan Rasulullah SAW ialah tidak mendahului baginda semasabercakap dan tidak meninggikan suara. Firman Allah SWT:
 
"Haiorang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya danbertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi MahaMengetahui. Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu meninggikan suaramu lebihdaripada suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yangkeras sepertimana kerasnya suara sebahagian daripada kamu kepada sebahagianyang lain, supaya tidak terhapus pahala amalan kamusedangkan kamu tidakmenyedarinya. Sesungguhnya orang-orang merendahkan suara di sisi Rasulullahmereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka untuk bertaqwa. Bagimereka keampunan dan pahala yang besar." (Al-Hujurat: 1-3)

Menghormati danmemuliakan Nabi perlu terus berlanjutan sehingga selepas kewafatan baginda.Seseorang Muslim tidak boleh mengangkat suara di dalam Masjid an-Nabawi atau disisi maqam baginda. Seseorang muslim wajib bersopan, bersungguh-sungguh danredha ketika mendengar hadith baginda yang mulia. Seseorang muslim tidak bolehmenafi atau menentang hadith-hadith baginda dengan pendapat-pendapat ataufikiran-fikiran yang karut dan menyesatkan. Jika seseorang muslim itumendengar: "Qala Rasulullah S.A.W. (Sabda Rasulullah SAW), maka hendaklahdia memahami bahawa sabda baginda tidak boleh dibohongi oleh manusia. Oleh ituia tidak boleh ditentang, bahkan hendaklah didengar, difahami dan diamalkan.

3.  Bersungguh-sungguh menghindarkan apa-apa yangboleh menyakiti Rasulullah Nabi SAW sama ada sedikit atau banyak. MenyakitiRasulullah SAW adalah haram dan berdosa. Malah, menyakitinya boleh menyebabkanseseorang itu terkeluar daripada Islam. Firman Allah SWT:

"Dan tidakboleh kamu menyakiti hati Rasulullah." (Al Ahzab: 53)
 
"Danorang-orang yang menyakiti Rasulullah itu bagi mereka azab yang pedih."(At-Taubah: 61)

Termasuk dalampengertian menyakiti Rasulullah SAW ialah menghina atau mencerca para isteribaginda yang mulia. Isteri-isteri Rasulullah adalah "Ibu Orang-Orang YangBeriman". Begitu juga, dianggap menyakiti Rasulullah, sekiranya seseorangmenghina atau mencerca "Ahl al-Bait" baginda.

4.  Membaca salawat dan salam kepada NabiMuhammad SAW.  Firman Allah SWT:
 
"SesungguhnyaAllah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang berimanbersalawatlah kamu kepada Nabi dan ucaplah salam dengan penuh penghormatankepadanya." (Al-Ahzab: 56)

Rujukan: Dr.Abdul Karim Zaidan, Usul Ad-Da’wah.






Popular posts from this blog

Contoh Terjemah Akte Kelahiran dalam bahasa arab

Contoh Surat Keterangan Aktif belajar dalam Bahasa Arab

Syair/Zikir Aceh; HADIS JANJONGAN